Tajuk 1: Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa

Jawab semua soalan berikut dan bincangkan jawapan dengan rakan-rakan anda.

1 Manakah antara berikut bukan kesan integrasi nasional terhadap pendidikan?
   A Hubungan antara kaum dapat dipertingkatkan.
   B Kewujudan cawangan universiti luar ke dalam negara .
   C Wujud sifat toleransi dalam memahami budaya dan agama lain.
   D Memudahkan sifat patriotisme diterapkan dalam diri murid.

2 Cara yang paling sesuai untuk menangani isu integrasi nasional ialah
   A Mewujudkan sekolah satu aliran.
   B Memperkasa bahasa kebangsaan.
   C Menempatkan pelajar berbagai aliran dalam sekolah yang sama.
   D mengurangkan jurang antara kaum.

3 Manakah antara berikut merupakan langkah dalam pembinaan negara bangsa?
   i Mewujudkan sekolah kebangsaan sahaja.
   ii penghayatan prinsip rukun negara.
   iii Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai berkaitan.
   iv Perlaksanaan subjek Kajian Tempatan dan Sejarah di sekolah.
      A I dan II               C I,II dan IV
      B I,II dan III          D II,III dan IV

4 Senaraikan empat dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia.
   (i) _______________________________________________________
   (ii) _______________________________________________________
   (iii) _______________________________________________________
   (iv) _______________________________________________________

Soalan Esei
Jawab soalan di bawah ini

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang budaya dan bangsa. Pada pendapat anda, apakah isu-isu yang membelenggu kita dalam usaha meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan